klik! oh klik!

Pages

Tuesday 5 April 2011

NOVEL : AKU YANG KAU TINGGALKAN

kelab peminat novel cakap ada NOvel terbaru ...
aku asa mesti best an ...
so pada korang2 yg fanatik pada novel-novel nie..
jom kita beli novel nie...
(SINOPSIS & DIALOG PILIHAN) AKU YANG KAU TINGGALKAN - Alina Haizar

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menj............aga dirin...ya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

----------------------
Dialog 1

"Baiklah Wan, Wan panggilkan Encik Nor Zaidi ke sini, Wan. Nia akan tanda tangan perjanjian itu dan Nia akan kawin dengan Abang Zaril. Nia akan cuba sedaya upaya Nia menjadi isteri yang baik kepada Abang Zaril." Puan Zainun akhirnya tersenyum lega mendengar kata-kata Nia.

Sebaik sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Nia, terdengar-dengar ditelinganya bunyi, "Klang!", tertutup pintu penjara yang akan memenjarakan Nia di dalam rumah serba mewah ini, untuk hidup bersama Zaril Ikhwan yang sedang sakit itu selamanya.

----------------------
Dialog 2

"Macam kenduri kawin betul-betul!"Kata Nia sendirian.

Memang betul pun! Nia bukan kawin olok-olok. Nia sudah menjadi seorang isteri. Nia seperti macam tidak percaya dengan segala yang berlaku. Semua terjadi dengan begitu pantas sekali.

---------------
Dialog 3

"Tak boleh buat macam tu. Nanti Nia tak balik sini lagi baru Aril tahu." Nia terdengar Puan Zainun menasihati Zaril Ikhwan.

"Pergi! Pergi! Tak nak tengok muka Sayang lagi. Tak suka Sayang. Benci! Benci! Sayang." Kata Zaril Ikhwan dengan begitu tegas sekali. Kata-katanya membuat Nia begitu terasa sekali. Apa salah Nia, sampai Zaril Ikhwan begitu bencikan dia? Nia tidak sedar Neng sudah berada di belakangnya, menolong dia bangun. Mesti badannya sengal besok. Hari ini Zaril Ikhwan menjadikan dia seperti `punching bag’, tempat melepaskan geramnya.
aku just boleh kasi sinopsis je..lau nak tahu selanjutnya korang kena beli la..xmahal laaa murah aje...
RM25.00
best sangat2..beli taw

2 comments:

  1. macam best.
    okay nak beli.
    heeeee~

    ReplyDelete
  2. wahh...mcm best novel ney...
    tp harga boley tahan jugak...huhu...

    ReplyDelete


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

AKTIVITI (1) ANGAN-ANGAN (2) ANTIK (1) BINATANG (1) bloglist (1) BUNGA (1) CONTEST (3) DIARIKU (7) DOODLE FREE (1) FORMULA (1) FREEBIES (1) GANGGUAN (1) GROUP (1) HADIAH (1) hari bapa (1) ILMU AGAMA (1) join (1) kakakku (1) KEBENCIAN (1) KITCHEN (2) lagu (1) lirik lagu suju (1) MASAKAN (1) NEW YEAR (1) NORA ELENA (1) NOVEL (1) PASTRY (1) pengajaran (1) PERBEZAAN (1) PTPL (1) RAYA (1) TIPS (3) TUTORIAL (1) UAI (1)