klik! oh klik!

Pages

Thursday 17 May 2012

Sem 2 Break

Alhamdulillah , sepanjang minggu peperiksaan ,aku semakin berjaya menyibukkan diriku dengan perkara yang berfaedah .Jadual aku terlalu padat sehinggakan masa tidur pun sudah tidak teratur .3 hari sebelum exam bermula , aku sudah berjaya mendapat part time disebuah restoran.Alhamdulillah aku berjaya bersama kawanku bernama Fifi Fiana .Aku fikir lebih baik aku habiskan masa aku dengan aktiviti yang boleh mendatangkan modal kepadaku.Sepanjang 3 hari bekerja aku berasa sangat gembira walaupun exam sudah hampir , aku bahagikan masa dengan siang mengulangkaji serba sedikit daripada tak baca buku langsung , hehehe , malam pula aku bekerja.Alhamdulillah , aku masih mampu bertahan sehingga sekarang.Terima Kasih kepada sesiapa yang banyak memberi semangat kepadaku. Aku bekerja ni tanpa pengetahuan Abahku.Hanya mak dan adik sahaja yang mengetahui mengenai aku.Aku nak cuba berdikari walaupun sekejap.Jadi selama 2 minggu cuti sem ni, aku tak akan pulang ke Negeri Kelahiranku itu iaitu Perlis.Aku sangat merindui kampung halamanku.tapi semuanya itu aku perlu lupakan .Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaanku ini.Aku berharap diriku sentiasa dilindungi Allah.Aku perlukan sahabat-sahabatku .Aku perlukan sokongan orang aku sayang.Sepanjang minggu nie,aku semakin hari semakin tenang , aku semakin bahagia walaupun kadang2 itu aku berbohong , tapi sekarang aku sudah bahagia bahagia bahagia ! . Terima Kasih YA ALLAH . Ini merupakan pengalaman pertama aku bekerja , sebelum-sebelum ini , aku tidak pernah diberi kesempatan untuk bekerja . Kedua-dua ibubapaku sama sekali tidak membenarkan ,tapi sekarang aku sudah mula bekerja untuk mencari pengalaman ,TERIMA KASIH kepada Ibuku PUAN HASNAH BT HASSAN kerana memahami anakmu ini. ILOVEYOU MOM !.Aku cemburu melihat kawan-kawanku dapat pulang dan bersama keluarga mereka,walaubagaimanapun , aku doakan mereka semua semoga sentiasa bahagia dan gembira bersama keluarga tercinta.



ILOVEYOU MOM 

ucapanku untuk mu SAYANG 
Terima Kasih yang tak terhingga 
Akan ku kenang jasamu hingga akhir hayatku
You're the best mother
Doakan anakmu ini :)

0 ORANG NAK BERI HADIAH:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

AKTIVITI (1) ANGAN-ANGAN (2) ANTIK (1) BINATANG (1) bloglist (1) BUNGA (1) CONTEST (3) DIARIKU (7) DOODLE FREE (1) FORMULA (1) FREEBIES (1) GANGGUAN (1) GROUP (1) HADIAH (1) hari bapa (1) ILMU AGAMA (1) join (1) kakakku (1) KEBENCIAN (1) KITCHEN (2) lagu (1) lirik lagu suju (1) MASAKAN (1) NEW YEAR (1) NORA ELENA (1) NOVEL (1) PASTRY (1) pengajaran (1) PERBEZAAN (1) PTPL (1) RAYA (1) TIPS (3) TUTORIAL (1) UAI (1)